icon-search
  • 44699854

Susu Gastrolac - Legakan Masalah Penghadaman

RM 37.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

SUSU GASTROLAC
Susu Gastrolac kini berwajah baru. Didatangkan dalam bentuk 'sachet'.30 gram setiap 'sachet' dan terdapat 20 sachet di dalam satu kotak (600gm).

Kesesuaian:
Susu Gastro-Lac dapat membantu masalah gastrik dan masalah gangguan pencernaan. Ia membantu mengawal kuantiti jus gastrik yang terhasil di dalam perut. Gastro-Lac juga mengandungi prebiotik dan garamtisu biokimia yang membantu sistem penghadaman.

Kategori:
 Makanan/Minuman kesihatan.

Isi:
 600 gm

Kategori: Minuman Kesihatan
Isi Kandungan: 30gram x 20 sachet
Tempoh Penggunaan: 2 minggu

 KESESUAIAN:

Khusus untuk pengidap masalah gastrik dan masalah gangguan pencernaan.

 MAKLUMAT LANJUT:

GASTRO-LAC dapat mengawal kuantiti jus gastrik yang terhasil dalam perut. Apabila asid dalam perut berkurangan, proses penghadaman turut menurun. Dengan itu pencernaan makanan di dalam usus akan berlaku dengan lebih sempurna lagi. GASTRO-LAC mengandungi prebiotik dan garam tisu Biokimia untuk membantu sistem pengha-daman.

 Gastritis atau radang gaster (gastric) menerbitkan simptom seperti rasa pedih nyeri di hulu hati, mual, muntah-muntah, cirit-birit, kembung dan cepat kenyang selepas makan walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

 Pemakanan dan stres sering dikaitkan dengan masalah gastrik. Kini satu lagi penyebab gastrik telah dikenal pasti iaitu bakteria Helicobacter pylori (H. pylori).  Bakteria ini mudah hidup di dalam perut yang berasid. GASTRO-LAC mengandungi bakteria baik di dalamnya yang boleh menghasilkan asid organik untuk merencat pembiakan mikrob patogen seperti H. pylori tadi. Penggunaan GASTRO-LAC sebagai suplemen akan melegakan masalah usus.

 Kembung berlaku apabila bertambahnya jumlah gas di dalam sistem gastrousus. Gas-gas yang terbentuk hasil dari fermentasi (penapaian) dan pembusukan makanan yang tidak terhadam disebabkan oleh bakteria berbahaya di dalam usus. Kembung juga dikaitkan dengan masalah laktosa dan bakteria berbahaya yang terlalu banyak. Sakit hulu hati merupakan sensasi rasa sakit pada bahagian esofagus yang disebabkan oleh asid dari perut. GASTROLAC boleh menaikkan keasidan kolon untuk mengatasi masalah tersebut serta menjaga kesihatan sistem penghadaman.

 GASTRO-LAC juga mengandungi kalium, kalsium, fosforus, vitamin Bl, B2, B3, B6, B12 dan vitamin D, untuk memelihara kesihatan usus, tulang dan gigi, mengatasi keletihan, sakit bahagian abdomen, konstipasi (sembelit), gangguan tidur, kabur penglihatan, cirit-birit, masalah kulit dan anaemia.

 CARA PENYEDIAAN:

  • Masukkan 1 sachet (30g) GASTRO-LAC ke dalam bekas.
  • Tambahkan 1 gelas air panas.
  • Kacau hingga sebati & amalkan minum sebelum makan (semasa perut kosong).
  • Disyorkan 3-4 jamuan sehari.

Customer comments

Author/Date Rating Comment
Your cart is currently empty.
Continue shopping