icon-search
  • 7
  • 9

Growell - Makanan Bayi Dari Bijirin

RM 19.90
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Makanan bijirin beras dan melukut, ditambah garam tisu biokimia. Menolong penghadaman dan menambah selera, menjauhkan kembung perut, sembelit dan ragam tangis, menyenyakkan tidur, membantu membina darah, tulang, gigi, menguatkan otot dan sendi, menghindarkan penyakit kulit, membantu perkembangan akal yang cerdas. Sesuai untuk bayi dan kanak-kanak berumur 6 bulan & ke atas.

Growell yang diformulasi berasaskan gabungan beras melukut  dan mineral yang diperhaluskan ini mengandungi khasiat yang optimum sesuai dengan keperluan nilai pemakanan bayi. Dari keperluan diet orang-orang Asia, beras merupakan makanan ruji mereka. Jadi pengambilan makanan pepejal pemula yang mengandungi beras boleh mengurangkan kejutan pemakanan di dalam diet kanak-kanak. Bayi pada usia 5~6 bulan sudah mula mengambil mkanan separa pepejal atau pepejal untuk tumbesaran mereka.

Beras melukut di dalam Growell mengandungi vitamin B kompleks yang memainkan peranan penting untuk perkembangan bayi termasuklah dari segi fizikal dan mental.

Growell juga mengandungi protein untuk pembentukan otot. Asid amino di dalam beras melukut membantu melaraskan otot selepas aktiviti merengang dan mengendurkan otot. DI samping itu juga asid amino membantu pembentukan ligamen dan tendon.

MAKANAN IDEAL MEMBEKALKAN TENAGA

Berbading cereal yang lain, Growell mengandungi lebih kalori. Ini menjadikan ia makanan yang ideal untuk membekalkan tenaga kepada anak-anak anda untuk beraktiviti aktif dan lasak sepanjang hari. Campuran beras di dalam cereal juga mengurangkan rasa letih.

Memandangkan keadaan usus kanak-kanak yang muda dan sensitif, Growell merupakan pilihan menua yang terbaik kerana kandungan utamanya iaitu beras melaukut, merupakan sumber yang mudah dan ringkas dihadam. Growell memberi kesan kenyang yang lama.

Disamping itu juga, Growell mengandungi mineral yang diperhalus khusus untuk meningkatkan sistem imun tubuh, mengurangkan ragam tangis, melenakkan tidur dan tumbesaran fizikal dan mental yang konsisten.

TANDA-TANDA BAYI ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK MAKAN GROWELL

Sama ada bayi anda menyusu badan atau susu Bio-Lac, tiada keperluan untuk tergesa-gesa memulakan mkanan pepejal. Ini kerana susu tersebut telah menyediakan khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran bayi anada. Namun begitu, sekiranya bayi anada telah menunjukkan tanda-tanda seperti berikut, ini menandakan dia sudah bersedia untuk menerokai pengalaman baru kehidupan dengan menikmati variasi makanan pepejal. Perkara berikut boleh dijadikan panduan, sekiranya bayi anda:

*Boleh menegakkan kepala
*Boleh duduk dengan elok
*Menunjukkan tanda kebolehan mengunyah
*Berat badan meningkat secara konsisten
*Berminat dengan makanan
*Boleh menutup mulut apabila dimasukkan makanan
*Boleh mengerakkan makanan di dalam mulut, seolah-olah mengunyah
*Boleh mengerakkan lidah ke belakang dan depan
*Aktiviti meluah keluar makanan dari dalam mulut semakin berkurangan
 
CARA MENYEDIAKAN

Masukkan 2~3 sudu besar Growell kek dalam bekas makanan
Campurkan air panas mendidih serta susu Bio-Lac
Kacau hingga sebati
Sekiranya anak masih minum susu Bio-Lac,  Growell boleh juga dimasukkan ke dalam campuran susu tersebut untuk memekat dan memberi kesan kenyang yang lama.

Growell berkhasiat dalam membantu tumbesaran dan perkembangan bayi. Membantu penghadaman dan menambahkan selera, menjauhkan kembung perut, sembelit dan ragam tangis.

Growell juga membantu menyenyakkan tidur, membantu membina darah, tulang dan gigi seterusnya menguatkan otot dan sendi.  Growell membantu perkembangan akal bayi yang cergas.

Customer comments

Author/Date Rating Comment
Your cart is currently empty.
Continue shopping